Monday, February 13, 2012

Sedang Dalam Mimpi Pun Tak Ada


pada setiap titik rajah aksara
tak ada huruf yang terwakilkan atas rinduku padamu
pun kata yang mewakilkan masa
menjadi hampa dalam setiap katamu

dan ketika rindu ini menjadi galau
aku hanya dapat mengerang laksana sang pembantai
ketika kusedar aku bukanlah apa-apa tanpamu
pada setiap titik keringat yang mengalir di dahi mu

begitu aku merindu padamu, ya Mustofa
rindu yang tak terjeda
dalam setiap selawat yang kukumandangkan
air mata ini menjadi kubangan dosa atas lakuku

ya Ahmad al-Mustafa
bilakah rindu ini kan menjamah waktu
sedang pada mimpi pun tak kau iringi aku
apalagi pada lakuku yang selalu menentangmu

lalu ketika tanyaku mengumbar di batas semesta
tentang aku yang selalu mempertanyakanmu
adakah syafaat yang terjanji dari bibir sucimu
memayungi aku di depan sang Hakim....

*salam Maulidurrasul*

Tuesday, January 10, 2012

Yes, its beautiful

I do my thing and you do your thing.
I am not in this world to live up to your expectations,
And you are not in this world to live up to mine.
You are you, and I am I,
and if by chance we find each other, it's beautiful.
If not, it can't be helped.

Monday, January 2, 2012

jengjengjeng~

salam semua~

selamat tahun baru, semoga apa yg kita azamkan tahun lepas berjaya ditunaikan dan dapat buat yg lebih baik utk tahun 2012 ni.

ok setelah sekian lama tak update, hari ni terpanggil rasa nak update pasal UP sbb rindu pd keluarga besar saya di Ustazah Pilihan. sesungguhnya keberadaan saya dlm UP walaupun mungkin tak banyak memberi manfaat kpd mereka tp saya dapat banyak sgt pengalaman dan ilmu kat sana. ok hari ni kita bermula dan yang santai2 dulu - corat-coret UP ok!. :)))

1)setiap hari selasa n khamis kami ade aerobik, time ni je la waktu utk kami dengar radio, n sambil2 tu dengar cite dr cikgu aerobik apa yg jd kt dunia luar

2)kami mmg x dibenarkan berhubung langsung dgn dunia luar, sehinggakan pd satu hari, kitorg duduk dlm van nak pg astro, n van tu tinggi, sampai kt traffic light keta sebelah tgh bace paper metro, dan kami sempat intai! sedey kan, sob sob~

3)kt UP byk kejutan, tp kitorg mmg xtau kejutan apa dan kitorg mmg xtau jadual sehinggalah sehari sebelum hari kejadian. tp lame2 kitorg dh dpt tau dah, if kitorg tanya kt krew, esok ade kelas ape? n dorg cakap x ingat...tu maknanya ade kejutan! hahaha. telinga dan mata harus tajam ye..

4) sebelum recording, perasaan x yah cite la, mmg gementar, takut berdebar sume ade..n kdg2 sambil mekap pn kami masih memegang buku, hafal apa yg patut, n predict soalan yg akan ditanya

5)krew2 dkt UP sume baik2, kami dilayan mcm puteri..cakap je nak ape, sume boleh, tp pantang cakap nak handphone! mesti dikecewakan..

6) biasanya kalau tgh on the road dlm van, sy akan slaaaaaaaaaalu tgk keta2 di sekeliling sbb kot2 la terserempak dgn keta mak saye.wsp 9768. tapi hampa..:(

7) mursyidah muhaya selalu belikan kami kinder bueno setiap kali dia dtg akademi, katanya energy bar. tanpa disedari bahawa ianya menggemukkan kami hahaha

8) masa minggu ke6, semua up timbang berat n semua yg tinggal tu naik 3kg ok! heheh.

9) kami xleh tgk tv, tapi mase deepavali, kami diberi cd kal ho naa ho n dvd player. layan je la drpd xde kann..

10)selalu curi2 baca paper kt lobi villa yg kami tinggal..hehe. yg slalu wat keja jahat ni ialah saya n UP firuz, smpai satu hari terkantoi n kena marah dgn penjaga kami, abg bulat n kak eifa hehehe.


itu sahaja dulu, lepas ni kite boleh masuk ke ilmu2 yg kita boleh kongsi kt dlm UP k! :)))

Saturday, November 26, 2011

Yang Memilih

Hujan baru pergi,
membawa bersama perit,
yang terpilih.

Yang Memilih,
Lebih Mengerti,
Lebih Mengetahui,
Maha Menyayangi.

Maka,
Yang dipilih itu,
Harus tahu,
Bukan hanya mahu dipuji,
Tidak sekali hasad berdengki,
Tiada hati membangga diri.

Kerna,
Ada yang lebih tinggi,
Yang harus kita syukuri.


Syazmeen,
Oktober 2011
Raudhah Ustazah Pilihan

*sempat jugak buat 2 sajak waktu kt UP. Yang Memilih is one of them*

:)

Saturday, September 17, 2011

Ini Aku

Aku ini
orangnya biru
ombak laut cina selatan
kadang terjatuh dilanda taufan

Aku ini
orangnya nisan
tegak bertubuh tidak bersimpuh
masih tak grntar mendengar guruh

Dan aku
bukan kamu, dia atau meraka
tidak lalang,
bukan jalang,
belum songsang,

aku hamba dalam perjalanan pulang..

*heartache*

Saturday, September 10, 2011

Pahat dan Penukul

Assalamualaikum! Selamat hari raya dari Paradise :)

Lama betul saya tak menulis disini. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi anugerah nafas dan iman untuk sama2 menyambut Aidilfitri 2011. Mcmana raya anda? Bagi saya, sejak2 dah besar ni, kampung pun xde, raya sy xde la best sgt..cume tahun ni ade extra kegembiraan yg bakal sy kongsi dgn anda. Tu pun kalau ade org bace blog aku ni hehe.

Mungkin ramai yg selalu dengar pepatah rumah dah siap pahat masih berbunyi. Tp saya rasa arini nak introduce satu pepatah baru: kayu belum beli pahat dah berbunyi. Amacam? Bole ganti usman awang x? hahaha. Ok la, basically arini nak cakap sikit pasal page yg sy slalu nampak kt fb, contohnya sejak akhir2 ni sy selalu terserempak dgn page ‘haramkan ustazah pilihan astro oasis’ dan ‘haramkan solehah tv alhijrah’.
Baik, seperti yg kita maklum, kedua-dua program ni masih belum ditayangkan. Ops, bg yg tak tau, program ni adalah pencarian pendakwah wanita dari kalangan masyarakat umum. Kebanyakan org yg bg comment kt page2 ni sumenye mengutuk, mencaci, menghina dan mengkritik program ini dgn alasan: wanita tidak boleh dipertontonkan dikhalayak ramai, sebab akan membawa fitnah, dan org lelaki juga akan tgk program ni dan kemudiannya membawa kepada berbagai2 maksiat lah.

Sy terpanggil untuk menulis tentang perkara ini bukan kerana sy tidak bersetuju dengan alasan diatas, tetapi pada pandangan saya adalah menjadi satu keperluan dalam masyarakat kita sekarang untuk mencari pendakwah2 wanita di kalangan remaja untuk sama2 membasmi gejala sosial yg makin menjadi2 skrg ni. Fine, kite ade pendakwah lelaki. Tp, cuba anda fikir, nak ke gadis2 yg hamil luar nikah, bohsia n minah2 rempit dengar ceramah dr imam2 yg sudah pastinya lelaki ni? Mereka akan ckp, ellleh, kau lelaki, kau x faham apa yg aku alami. Dari satu sudut, sy melihat di sinilah letaknya peranan pendakwah wanita untuk menangani isu ini. Sudah semestinya wanita yg lebih memahami hati wanita. Pendakwah wanita skrg boleh dikira dgn jari jumlahnya. Apa salahnya jika ada pihak yg ingin bersama-sama mencari wanita yg berilmu dlm usaha membanteras masalah2 ini.

Tentang wanita yg menjadi fitnah itu, saya tidak nafikan, mmg wanita itu adalah fitnah. Tetapi seperti yg saya dh tulis td, program pencarian pendakwah ini masih belum ditayangkan. Kita masih tidak tahu apakah bentuk penyiaran program2 ini. Cuma, sy ada difahamkan kemungkinan ianya akan disiarkan tanpa menunjukkan keseluruhan tubuh badan peserta, dan tenaga kerjanya pula adalah 95% terdiri dari kalangan wanita. Kalau begini, Alhamdulillah. Siapalah kita untuk menilai sesuatu yg masih belum kita lihat. Masih banyak lg program yg sepatutnya kita bantah yg sudah terang2 menggunakan wanita sebagai symbol. Sememangnya terlalu banyak program2 hiburan melampau yg disediakan oleh media untuk tatapan anda. Anda pun tahu apakah jenis program2 itu. X payah sy sebut sbb dah terlalu baaaaanyakk. Makanya, mengapa program mencari pendakwah ini yg seharusnya dibantah? Lebih elok kalau kita sama2 menyumbangkan garis panduan yg boleh dipertimbangkan oleh pihak2 berkenaan supaya program ini tidak melanggar syariat sekaligus dpt melahirkan lebih ramai srikandi2 islam yg dapat mengurangkan kadar maksiat dlm negara kita.

Dan bagi golongan lelaki yg rasa2 tidak mampu mengawal nafsu dengan hanya melihat wajah seorang wanita, lebih baik anda tak payah menonton program itu kelak. Anda sendiri tahu diri anda, dan terpulang kepada anda untuk memilih rncangan yg mahu anda tonton. Tak perlu sibuk2 mencaci program2 itu. Pilihan terletak di tangan anda.
Banyak lg yg ingin sy perkatakan, tp ni je yg mampu sy fikir buat masa ni. Insya Allah, akan ada part 2 jika saya berkelapangan. Dan sesiapa yg ingin menegur tulisan sy, atau mahu memberi pendapat, anda dialu-alukan sbb sy ni bukanlah ustazah pilihan yg banyak ilmu. Sy juga masih belajar.

Akhir kata, Salam Aidilfitri dari Mizznina! heheh

Friday, June 24, 2011

simpan. ctrl + S

aku periuk mahal di dalam kaca.
aku anak patung di dalam almari.
aku kelisa emas di dalam balang.
aku berharga yang tidak terbeli.

aku perempuan yang disimpan.

Thursday, June 23, 2011

tak terubahkan

dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.





*ever wonder how hard you've asked, but still no answer? sometimes, God knows best. all for good reasons, i guess. i don't know. ask him.

*thanx to fynn

Tuesday, June 21, 2011

kan?

kalau cantik

pegi mana2 pun orang suka

kan?

Sangkut-menyangkut

Assalamualaikum :)

isk, awkward pulak nk berblog-blog ni. heheh. lagi2 kt office. aku curi2 online sambil buat surat saman. sesaje nk bercerita kt korang tentang praktikal aku/attachment programme/latihan sangkutan.

currently aku ditransfer kt Mahkamah Syariah KL, berhampiran dengan masjid negara ngan railway station lame tu..duduk kt mahkamah syariah memang penuh dengan kes2 cerai, nikah di Thailand, poligami tanpa kebenaran, khalwat, faraid, nafkah etc. praktikal aku ni berbaki lagi 3 minggu. x sabar pulak nak abis. penat bang, baru gua tau betapa penatnye mak gua keje berpuluh2 tahun. lagi pulak xdpt allowance, duit jalan mcm air terjun beb! hahaha. tp, mmg byk la experience dpt, bukan dari segi undang2 je, tp dr segi kehidupan, pergaulan dengan rakan sekerja, komunikasi dengan bos, bla bla bla

tapi pengajaran yg paling aku rase berharga adalah:

jangan kacau rumahtangga orang! hahaha. susah korang nnt, bile kacau rumahtangga org, kau suke kt org tu, org tu pn poligami tanpa kebenaran bini dia, pastu korang kawen kt thailand, bapak/wali korang x setuju, bwk ke mahkamah, balik mesia jd masalah. ingat senang ke nk sahkan nikah kt thailand tu??? masuk mahkamah tinggi, bicara, bicara n bicara lagi, last2 nikah kau x sah! hamikkk!!

hee. emo pulak. ok lah, nk sambung wat keja

p/s: jom puasa sunat banyak2!

Tuhan Beri Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Wednesday, June 8, 2011

Ustazah Pilihan Astro Oasis

ehem

ala2 imam muda ye

semoga berjaya menarik minat remaja perempuan daripada tgk af, mentor, oiam or malaysian idol.

1 Oktober 2011

:))))

Sunday, April 24, 2011

Azura

aku ni, bukannya berduit sgt.
kais pagi makan pagi, kasi petang kdg2 x makan
hahhahaa
aku ade hidup
biarlah duit di bank x berkepuk2

makin banyak duit nnt, makin banyak soal jawab dgn Allah
oh, soalan exam pn aku xboleh jwb, ini pulak soalan dgn Khaliq
aku hidup dgn rezeki yg Dia beri, sebab Dia tahu apa yg aku perlu

dan aku belum pernah lagi kebuluran, alhamdulillah
aku bukan mahu mewah, cukup makan, pakai, dan beramal jariah, itu dah puas bg aku

Blackberry, Macbook, Hermes, Coach, tu sume bukan aku
kau nk tulis kt blog kau ade byk duit kt bank? pg melancong sane sini? haha, sikit pun x goyang.

duit kawen? ala, bg aku 3dinar je sudah. iman kau harus teguh, itu yg aku cari

p/s: apehal la org sbelah umah aku ni duk karok lagu azura, x sedap langsung!

Friday, April 8, 2011

reben syahdu merah jambu

Reben syahdu merah jambu
azam padu yang sabar
bagi wanita yang tiba-tiba
luka tercabar.
Tangan, mata dan hatinya
berikhtiar mencari—
cuba mendakap kerlip
bahagia yang abadi.

Reben syahdu merah jambu
sayang tak bertara
sering ditanya apa
yang belum sempat digugah.
Terkadang langsir manja
melambai hajat yang ranum
terlupa ditafsir sebagai
pelamin yang harum.

Reben syahdu merah jambu
kasih di puncak rasa,
yang disunting rahsia
kuntum hayat di dalamnya.
Kehidupan menyimpan
taman seni tersembunyi
elok diselongkar
sesabar dan segigih diri.

Reben syahdu merah jambu
rindu hajat mulia
awal tangga akhir pintu
yang sakti iktibarnya.
Embun malam disusuli
kabus gunung yang wangi
kini ditemani tindak
berani yang kersani.

Reben syahdu merah jambu
hasrat qalbu yang ramah
membayang kesyahduan tasik
hidup yang dicita.
Memang hanya kita yang
wajar tekun melakar
bagi merai kehidupan

-A. Samad Said

Tuesday, April 5, 2011

final

untuk mereka yang tahu rasa cinta itu adalah sakit,
selamat datang.

untuk mereka yang hanya nampak kebahagian tanpa neraka,
kamu tak dialu-alukan.

pedih.

saya x mampu nk bercinta dgn law papers! dorg sume x suka saya. huuu

*i'm not single n not committed. i'm simply on reserve for the one who deserve