Saturday, December 20, 2008

it's poetry time!

just a simple update..
i just entered IIUM Gombak Campus
woha~
baru abis taaruf week..:)
will be back soon..


Kalau ibunda membelai rambutmu,
Kalau ibunda mengusap keningmu,
memicit kakimu,
Nikmatilah dengan syukur dan batin yang bersujud,
Kerana sesungguhnya Allah sendiri yang hadir dan maujud.

Kalau dari tempat yang jauh engkau rindu kepada ibunda,
Kalau dari tempat yang jauh ibunda rindu kepada engkau,
Dendangkanlah nyanyian puji-pujian untuk Tuhanmu,
Kerana setiap bunyi kerinduan hatimu adalah,
Sebaris lagu cinta Allah kepada segala ciptaanNya.

Kalau engkau menangis,
Ibundamu yang menitiskan airmata,
Dan Tuhan yang akan mengusapnya.
Kalau engkau bersedih,
Ibundamu yang kesakitan ,
Dan Tuhan yang menyiapkan hiburan-hiburan.

Menangislah banyak-banyak untuk ibundamu,
Dan jangan membuatkan satu kalipun ibumu menangis keranamu,
Kecuali engkau punya keberanian untuk membuat Tuhan murka kepada hidupmu.
Kalau ibundamu menangis, Para malaikat menjelma menjadi butiran-butiran air matanya,
Dan cahaya yang memancar dari airmata ibunda, membuat para malaikat itu silau dan marah kepadamu,
Dan kemarahan para malaikat adalah kemarahan suci,
Sehingga Allah tidak melarang mereka tatkala menutup pintu syurga bagimu.

Ibu kandungmu adalah ibunda kehidupanmu,
Jangan sakiti hatinya,
Kerana ibundamu akan senantiasa memaafkanmu,
Tetapi setiap pemaafan ibundamu atas setiap kesalahanmu,
Akan digenggam erat-erat oleh para malaikat,
Untuk mereka usulkan kepada Tuhan agar dijadikan kayu bakar nerakamu…

Wednesday, December 3, 2008

Mengetahui Yang Maha Mengetahui


Awal agama itu mengenal Allah

Apakah mksud sbenar dsebalik pkataan ALLAH?

Mungkin ramai yg tidak mngetahui (ataupun aku sorg je yg kurang pengetahuan) bahawa pkataan Allah adalah drpd gabungan dua pkataan, iaitu Al, yg mmbawa erti khusus atau ma’rifah, dan ilah, yg mmberi erti Tuhan. Dua perkataan ini ble dgabungkn mmbentuk pkataan ALLAH yg mbawa mksud Tuhan Yang Maha Esa.

Menurut Ibn Qayyim Aljauziyyah, nama Allah ni mmbawa mksud yg menyeluruh. Dgn nama inilah dsandarkn kpdnya nama2 Allah yg lain (Asma ul Husna). Selain itu, kalimah ini ialah kata nama yg kaku atau jamid. Jamid bmaksud ia bukan kata terbitan yg tbentuk dr kata dasar ttentu. Ttapi blainan bg pkataan Allah yg tidak tbentuk dr kata dasar. Ia bsifat qadim atau sediakala

Tp, ada juga pndapat yg kuat yg mgatakan nama Allah itu kata tbitan. Antaranye mngatakan bhawa ia brasal drpd kalimah alaha-ya’lahu-uluhatan-ilahatan-ilahiyyatan yg mbawa mksub ‘abada-‘ibadatan iaitu mbawa mksud menyembah dn penyembahan. Dari timbangan (wazan) inilah lahirnya pkataan ilah yg bmaksuf ma’luh iaitu ‘yg dsembah’

Di kalangan ahli nahu arab termasyhur juga bpandangan sedemikian. Misalnya Al-Kisa’i dan al-Farra’ mgatakn kalimah Allah itu berasal drpd kata al-ilah. Kemudian mereka mmbuang huruf hamzah dan mnggabungkan huruf lam yg ptama ke dalam huruf lam yg kedua. Kemudian tbentuk satu lam yg dsabdukan dan dbaca dgn tebal dan berat.

Saya ingin mngambil takwilan mengenai kalimah Allah yg telah driwayatkn dr ibn Abbas iaitu: “dialah Allah yg mempertuhankan-Nya segala sesuatu (ya’lahuhu kullu syai’in) dan yg dsembah oleh seluruh makhluk (ya’buduhu kullu khalqin). Kemudian dr Ibn Qayyim pula bkata, “Bahawa pnamaan Allah itu mnunjukkan Dia adalah sebagai Yang dipertuhankan dan dsembah. Dipertuhanan oleh semua makhluk dgn penuh dgn penuh kecintaan, keagungan, ketundukan dan berlindung kepada-Nya dalam semua hajat dan musibah yang menmpa”

Inilah maksud sebenar disebalik kalimah Allah. Ia bukanlah satu kalimah yg sekadar mnjadi sebutan, seruan atau panggilan bg tuhan semata-mata.sebaliknya ia merupakan nama yg melambangkan aqidah atau agama bg org yg menggunakannya. Ini sama skali bbeza dgn apa yg dmaksudkn oleh mereka yg mdakwa kalimah ini layak untuk semua penganut tidak kira islam atau tidak..renung2kan! wallahualam