Sunday, April 24, 2011

Azura

aku ni, bukannya berduit sgt.
kais pagi makan pagi, kasi petang kdg2 x makan
hahhahaa
aku ade hidup
biarlah duit di bank x berkepuk2

makin banyak duit nnt, makin banyak soal jawab dgn Allah
oh, soalan exam pn aku xboleh jwb, ini pulak soalan dgn Khaliq
aku hidup dgn rezeki yg Dia beri, sebab Dia tahu apa yg aku perlu

dan aku belum pernah lagi kebuluran, alhamdulillah
aku bukan mahu mewah, cukup makan, pakai, dan beramal jariah, itu dah puas bg aku

Blackberry, Macbook, Hermes, Coach, tu sume bukan aku
kau nk tulis kt blog kau ade byk duit kt bank? pg melancong sane sini? haha, sikit pun x goyang.

duit kawen? ala, bg aku 3dinar je sudah. iman kau harus teguh, itu yg aku cari

p/s: apehal la org sbelah umah aku ni duk karok lagu azura, x sedap langsung!

Friday, April 8, 2011

reben syahdu merah jambu

Reben syahdu merah jambu
azam padu yang sabar
bagi wanita yang tiba-tiba
luka tercabar.
Tangan, mata dan hatinya
berikhtiar mencari—
cuba mendakap kerlip
bahagia yang abadi.

Reben syahdu merah jambu
sayang tak bertara
sering ditanya apa
yang belum sempat digugah.
Terkadang langsir manja
melambai hajat yang ranum
terlupa ditafsir sebagai
pelamin yang harum.

Reben syahdu merah jambu
kasih di puncak rasa,
yang disunting rahsia
kuntum hayat di dalamnya.
Kehidupan menyimpan
taman seni tersembunyi
elok diselongkar
sesabar dan segigih diri.

Reben syahdu merah jambu
rindu hajat mulia
awal tangga akhir pintu
yang sakti iktibarnya.
Embun malam disusuli
kabus gunung yang wangi
kini ditemani tindak
berani yang kersani.

Reben syahdu merah jambu
hasrat qalbu yang ramah
membayang kesyahduan tasik
hidup yang dicita.
Memang hanya kita yang
wajar tekun melakar
bagi merai kehidupan

-A. Samad Said