Monday, May 7, 2012

Ibarat Lilin

salam.


aku ni, jenis yg suka keep in touch
dengan kawan2 lama, guru2 dari sekolah tadika sampai sekolah menengah
dan kami sgt bonding...
kami selalu buat reunion, bergosip-gosipan..hehe


tapi, pd Jumaat 4mei 2012 lepas, ustazah kesayangan aku kt masjid negara, pergi meninggalkan kami
dia ajar aku dari tadika, tak pernah sekali pun marah
sesungguhnya ustazah syarifah adalah guru yg sangat baik..
mengenali beliau, adalah insan yg sarat dgn kelembutan, moga Allah juga menghitungnya dengan penuh kelembutan
dia yg mengajar aku tadika, aku mengenal alif ba ta dari dia. aku pandai mengaji atas titik peluh dia mengajar aku yg selalu mein getah depan kelas..huhu
sampai skrg, aku dah boleh bukak kelas mengaji, aku dh boleh ajar org mengaji...Allah...byknya ilmu yg ustzh dh beri pd nina...semoga ia sentiasa mengalir mengiringi pemergianmu...


alhamdulillah, aku mengikuti perjalanannya dari dia sakit, die meninggal sehingga dikebumikan..sempat mencium arwah selepas dikafankan. semoga Allah merahmatimu Ustazah..


aku sgt terasa pemergian dia....

Alfatihah