Saturday, June 27, 2009

Ada Apa Dengan Micheal Jackson?

Petang td ke Jakel dan Ariani

Shopping raya kata mama. tp aku sure baju tak smpat siap time 1st raye

Sepanjang perjalanan disajikan dgn lagu2 MJ. Dan ada 2 stesen yg bukak topic pasal die

Huh, best sgt ke die tu?

Ade la pemanggil2 yg cal, nangis2 bkata: "i grow up with his songs", "i hv all his albums".

Damn, perlu ke?

*wondering, he died as a Muslim or not?*

Seingat aku ade sekali je tbace kt paper pasal die peluk Islam. lepas2 tu, tarak.

MJ, rest in peace


Wednesday, June 24, 2009

Facebook Milik Siapa?

Saya copy n paste email dari seorang rakan:


Aku betul betul tak tau pasal benda nih. Korang tau tak pasal benda nih?! Ades.. Sebab aku tak tau, so aku assume ramai lagi taktau pasal benda nih. So, aku tulis jer benda nih utk korang hayati dan renungi. Pada yang dah tau tu bagus la. Senang aku takyah cakap banyak lagi. Aku baru tau pasal benda nih petang tadi. Nabi cakap, sampaikan dariku walaupun sepotong ayat. Aku pun sampaikanlah kat korang. Facebook adalah produk Yahudi!! Sebagaimana kalo korang ikuti post aku sebelum nih yang menyarankan korang meninggalkan Fotopages , kali ni sekali lagi aku menyarankan anda semua diluar sana untuk Tinggalkan Facebook Demi Darah Saudara Kita di Palestin Sana!!

Aku Bukan Cakap Kosong. Baca Dibawah!!

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion. Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.


2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .
Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .


Aku tak laa baik sangat. Semayang pun selalu miss. Tapi aku Boikot dan Tinggalkan Facebook sebab aku anggap diorang sebagai saudaraku sendiri. Aku tak sanggup tengok saudaraku diseksa sedemikian rupa. Aku masih ada perikemanusiaan.


p/s- Artikel pasal Mark Zuckerberg dan Facebook aku ambil bulat2 dari Sejarah2U so..kepada saudara muslimin muslimat..tolong war2kn perkara ini!!!!!!

Quando, Quando, Quando

To Whom It May Concern

Tell me when will you be mine
Tell me quando quando quando
We can share a love divine

Please don't make me wait again

When will you say yes to me
Tell me quando quando quando
You mean happiness to me
Oh my lover tell me when

Every moments a day
Every day seems a lifetime
Let me show you the way
To a joy beyond compare

I can't wait a moment more
Tell me quando quando quando
Say its me that you adore
And then darling tell me when

Every moments a day
Every day seems a lifetime
Let me show you the way
To a joy beyond compare

I can't wait a moment more
Tell me quando quando quando
Say its me that you adore
And then darling tell me when
Whoa lover tell me when
Oh darling tell me when
Oh come on tell me when


Saturday, June 20, 2009

Andalusia

saya peminat M Nasir, anda tahu? saya peminat setia lagu-lagu M.Nasir. Saya mahu ke konsert M. Nasir pd 25 Julai ini tapi tiada yang mahu menemani. Saya buka kepada anda - teman2 saya, siapa yg mahu menemani saya, walaupun anda tak minat M.Nasir, hanya untuk menemani saya sahaja. bayaran tiket ditanggung oleh saya. sorang je. siapa yang berminat sila hubungi saya segera.

*sila baca dengan nada serius. :) *

Monday, June 8, 2009

Jiwang Mode

"Hendak kuluahkan takut makanlah diri
Hendak kusimpankan meracuni hati
Hendak ku jeritkan takut malu sendiri
Hendak kudiamkan kau takkan mengerti.."

Aku benci orang moody n emosi. Sape rase dia tergolong dlm golongan tersebut sila ubah perangai anda or else jangan berkawan dengan aku. Aku tidak perlukan orang seperti kamu. [amaran ini tiada kaitan dengan kata2 diatas]

Friday, June 5, 2009

Menonton Wayang

Saya telah menjalankan beberapa survey mengenai hukum diatas dan telah bertanya kepada beberapa individu dan saya mendapat jawapan yang berbeza-beza seperti berikut:

David Teo - Wajib
Ahmad Idham dan Yusof Haslam - Sunat Muakkad
Fasha Sandha - Harus jika ada masa lapang

Hmm, saya agak musykil dek jawapan2 ini. lantas saya mencari sumber yang lebih dipercayai.

Dr Yusof Al-Qardhawi:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitinya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya."

Saya yakin dengan jawapan ini, lantas saya mencari-cari lagi, yang pastinya bukan di Syarikat Metrowealth atau Skop Production. saya temui beberapa orang yang boleh digunapakai kata-katanya. berikut adalah garis panduan yang harus diikuti jika anda bernafsu untuk menonton wayang.[er, seperti saya juga]

1. tajuk dan jalan ceritanya haruslah tidak bertentangan dengan aqidah islam, tiada unsur seks, ajaran sesat, jenayah dan sebagainya yang boleh mendorong anda dan saya meniru aksi2 didalam filem tersebut.

*masih adakah filem seperti ini?*

2. waktu dan ketikanya tidak menghalang anda dan saya menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. e.g: tayangan time waktu solat maghrib n etc

*GSC tutup stiap kali waktu solat? owh, tidak mungkin itu akan terjadi*

3.tiada percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi, juga tiada fitnah dan syubhah. e.g: menonton dlm keadaan gelap.

*kata anda dan saya yang jahil: hah? dlm terang bukan wayang la namanye..*


So, kesimpulannya, jika anda boleh mematuhi garis panduan ini, tontonlah wayang sepuas hati anda. jika tidak, hukumnya pasti berubah dan dosa anda pasti bertambah. lu pikirlah sendiri~ woha!

[ingatan untuk diri sendiri juga]

Tuesday, June 2, 2009

Rehat-Rehat

Berehat sebentar. baru pulang menjadi fasilitator di kem syakhsiah di Sg Congkak. Sangat penat. Akan kembali dengan entry Menonton Wayang..[budget ramai org bc blog aku. keh3]