Tuesday, September 9, 2008

~ Mari Mewarna ~

salam
agak lama aku x update blog ni. bz sket dgn xtvt ramadhan..waktu ni la peluang utk memaksimumkn amal..:)

hari ni terasa nk bkongsi sesuatu ngn korg sume especially kwn2 pmpuan aku. erm, mostly my female friends rasenye btudung..cuma maybe ade beberapa je yg freehair. tp kari ni bukan nk ckp psl aurat, cuma aku rasa nk kongsi sket psl hukum mewarnakn rambut or dye..ramai lg kot yg masih x fhm cmne caranye nk kaler2 rambut memandangkn ramai yg tanya, junior2 kt uia ni..yela, aku tau korg tringin nk tgk rambut korg kaler2 kn..cm best je..(huhu, best ke?)..cmni la senang, meh aku cte..

Hukum korg mewarna rambut, ulama' dh bsepakat, ia adalah HARUS..tp..ha, ade tapinya..ade syarat2 tertentu..

1- Pewarna tersebut bukan dr jenis yang kekal, kalau tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT which is..HARAM

2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal. hah, yg ni byk kekeliruan, kdg2 ade sesetengah pewarna, tulih je halal, tp sbenanye mggunakn bahan yg x halal..jd, cara paling senang, adalah aku rase, guna je inai..confirm halal..yg brand2 len tu, aku x berani nk komen

3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudarat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi..ni kna tgk jenis bahan kimia ape yg dgunakan..tp kalau inai, aku rase xde masalah

4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah HARAM. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM.

yg ni, ulama' ade khilaf sket,

1. Makruh
Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi. tp kalau tujuannye utk menakutkn musuh dlm peperangan ia adalah HARUS. antara dalil dorg,

a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, tp Ibn Hajar bkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram
Ia adalah pandangan Mazhab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.


kesimpulannya, korg blh warna rambut, tp bukanlah dgn warna hitam, kna warna dgn selain warna hitam dan mnggunakan bahan yg halal. wallahu a'lam

Thought for the day: buruk bg seorg wanita itu apabila namanya mniti di bibir2 lelaki dan juga buruk bg seorg lelaki apabila namanya sentiasa mniti di bibir2 wanita..

9 comments:

Adlan said...

saya pernah juga teringin untuk mewarnakan rambut.

tapi biarlah warna itam ni pun da cantik. nampak asli.

ayat terakhir tu adakah bermaksud kalo nama kita dipuji org atau dikeji org? tak cukup intepretasi tuh.

Jamilah Mohd Norddin said...

Salam Kak Nina,
maaf le tinggalkan komen kat sini pulak. Kalau saya ada buat salah apa-apa jangan segan-segan tegur tau... Jangan terasa dengan ketidakpedulian saya dalam bilik tu.. maaf and thanks nasihat semalm. Mantap!!! tahniah n selamat beramal

chaz said...

adlan,
hitam itu menawan!hehe
ayat last tu, kalau nama kita ni sntiasa meniti dbibir org, mksudnya org sntiasa bcakap psl kita, ataupn kite dkenali ramai..em, cmne eh nk terangkn, ni bukan puji or keji, cthnya, ramai wanita yg sebut2 nama awk, ramai org akan rase bangga apb dkenali ramai, tp hakikatnya ble org ramai bcakap psl kite, kite nmpk 'murah'..xde yg istimewa..ni hadith, tp sy x igt sy dpt dr mana..nnt sy try cari k.:)

jamilah,
ala, malu2 plk die..stakat ni xde ape yg perlu dtegur, kalau ade nnt insya Allah, same2 la kite igt mengingati..akak xterasa pn, sbb akak tau jamilah cmne orgnye..btw, thanx!

syfadh said...

Salam, menurut ilmu pengetahuan saya yang tidak seberapa ini, mgkin ada ketinggalan satu lagi syarat iaitu pewarna tersebut mestilah tidak menghalang air untuk sampai ke rambut sepertimana pewarna kuku.

pewarna yang menghalang air akan menyebabkan wuduk tidak sah malah yang lebih teruk mandi wajib tidak sah. maklum sahaja wanita perlu mandi wajid setiap bulan. sekiranya kedua-dua ini tidak sah maka solat pun akan menjadi tidak sah. tidak lupa juga iabadah-ibadah lain.

jadi kesimpulan yang mudah tidak perlulah mewarna rambut untuk mengelak kesulitan dan keraguan. yakinlah bahawa ciptaan yang asal itu adalah yang terbaik sebagai suatu kurniaan drpd Allah.

sekian

chaz said...

salam.
ye betul..
trima kasih atas informasi.

syfadh said...

La syukran 'alal wajib

Anonymous said...

Salam..hi datin nina..change ur template here..

chaz said...

mada ke? wah..maju u skrg eh

Ladyship Atie said...

salam..
asif, ade jugak persoalan for the last phrase..
wondering, as from banyak kisah2 teladan dan Sirah,
wanita2 yg baik dan solehah biasenya menjadi buah mulut orang ramai..
adakah suatu kemestian bila without intended, nama kite disebut2 oleh masyarakat?.
I mean, bukan dari segi keburukan or any kind like that, tapi sbb bnd2 baik..
sekadar soalan(sbb dah banyak sgt bace novel)..haha