Rasulullah SAW..insan agung yg tiada tolok bandingnya..kerana Baginda lah, kita kini masih berada dlm keadaan islam dan iman.kalau xde Nabi Muhammad, rasenye xtau la ape jd pd kita..mungkin kita kini menganuti agama yahudi atau kristian.. sbg manusia yg mudah lupa, kita xpnah nk menghayati perjuangan Nabi. Bg Nabi, shingga saat wafatnya juga ape yg dsebut? Ummati, Ummati, Ummati..syg sungguh Rasulullah pd kita. Tp kita? Ape yg kte wat utk menghargai pengorbanannya? Kutuk karikatur tentang nabi Muhammad? Kutuk filem Fitna? Itu je yg kite mampu? Skadar mengutuk tanpa melakukan ape2 tindakan? Fikir la sdiri..tlalu jauh kite dgn nabi, dan nabi yg satu inilah akan mmberi syafaat pd kita di Hari Pembalasan kelak..
Walaupun kite xtau bagaimana fizikal Nabi SAW, tp tu bukan alas an utk tidak mengingati Baginda, kt cni ade kata2 para sahabat mengenai Rasulullah kesayangan kita..saja nk kongsi ngn korang. Thanx to min:)
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
- Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
- Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
- Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
- Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
- Wajahnya seperti bulan purnama
- Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
- Janggutnya penuh dan tebal menawan
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
- Rambutnya sedikit ikal
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
- Rambutnya terbelah di tengah
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
- Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
- Warna kulitnya putih tapi sehat
- Kulitnya putih lagi bercahaya
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
- Badannya tidak gemuk
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
- Perutnya tidak buncit
- Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
- Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
1 comment:
dear syazz..
which source yang mention criteria ni ya? nak tau jugak dalil2 nye..
Post a Comment